11:45 AM

Tengok Cermin..Senyum..Kata.. 'Aku Ensem’..

Edika (bukan nama sebenar) bukanlah seorang pemuda yang kacak. Sekali pandang dia memiliki beberapa kekurangan dari segi fizikal berbanding dengan pemuda-pemuda normal seusia dengannya. Edika juga seorang yang amat pemalu, kadang-kadang dia lebih pemalu dari seorang gadis pengitan. Ditambah pula dengan sifatnya yang pendiam itu tidak hairanlah dia tidak tertonjol di mana-mana. Anehnya tiba-tiba Edika dapat merebut hati wanita yang amat jelita bernama Sofea (bukan nama sebenar). Wanita ini memiliki iras wajah wanita Inggeris walaupun dia seorang Melayu dan datang dari keluarga berada. Tidak sedikit orang yang cuba mendapatkan perhatian Sofea, tetapi tanpa disangka-sangka Edika pula yang mendapatkannya.

Lebih menghairankan. Bukan Sofea sahaja yang pernah bertahta di hati Edika, malah ramai lagi wanita jelita serius dengan Edika. Hinggalah apabila Edika mengambil keputusan untuk berumah tangga dia telah memilih seorang wanita yang paling jetita antara yang jelita-jelita tadi. Edika pernah memberitahu, ‘ saya tidak percaya ada kekurangan pada diri saya. Setiap kali saya menatap cermin saya percaya saya seorang yang kacak. Saya selalu berkata kepada diri saya, saya seorang yang pintar. Apabila saya mula menyukai seseorang wanita jelita saya katakana kepada diri saya sendiri, saya setanding dengan dirinya, saya tidak pernah memulakan segalanya dengan tutur kata, tetapi saya cuba mempamerkan kecerdikan saya untuk dilihatnya. Sebenarnya saya bukanlah pintar sangat tetapi saya tidak percaya saya tidak pintar. Saya selalu mengangan-angankan mendapat seorang isteri yang amat cantik. Imaginasi saya telah membuka jalan hingga akhirnya saya mendapat apa yang saya fikirkan itu. Tetapi apakah kekuatan yang membantu, saya sendiri tidak menyedarinya. Tapi saya yakin semuanya dengan izin Allah.

0 comments: