3:42 PM

Talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa
meremang,sama2lah kita lebihkan amal ibadat.

Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu
sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di
dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat
dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang
bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan
lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang
yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,
melainkan zat Allah Taala.

Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan
kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin
IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada
bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke
negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad
itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu,
iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan
terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila
mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka
berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa
gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan
berhati-hati.Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad
nabiku,Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu
kiblatku,malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan
zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan
orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku
mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".Wahai
SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul
dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada
syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan
adanya,begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula
orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada
kamu.Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa
mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah
menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam
kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan
kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana
rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah..
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh,yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."

0 comments: