9:49 AM

Iktibar

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan
untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah
s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat
merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka
sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku
menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak
muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat
yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama
sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda
itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa
sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam
golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat
mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,"
jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan
guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia
yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.
Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya
jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal
yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

0 comments: