9:06 AM

Joke 50 sen

Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya,
tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang
keatas.

"Masyaallah" Tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak
kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, Tok penghulu
memarahi beliau.

Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai
seluar dalam dulu. Tak senonoh betul Tok penghulu tersebut memberikan
wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam. Setelah pulang
kerumah,budak tersebut menceritakan segala-nya kepada emak nya.

Esok pagi-pagi lagi,emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut
tanpa memakai seluar dalam.
Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni,
koman-koman boleh dapat RM20.00"
Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut
sambil memandang keatas.
"Masyaallah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak
budak tersebut turun.
Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00
akhirnya hampir menjadi kenyataan,

Tok penghulu berkata : "Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak
panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.

Selepas selesai membebel Tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil
wang lalu berkata:-

"Nah 50 sen, pergi beli pisau cukur"

0 comments: