9:27 AM

Petua

Petua Menyihatkan Rambut

Rambut adalah sebahagian daripada anggota kecantikan
manusia. Kerana itu, ia perlu dirawat agar sentiasa
subur dan terpelihara. Justeru, pengetahuan mengenai
masalah rambut perlu ada bagi mendapatkan rambut yang
sihat dan bermaya.

Read more...


Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap
bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami
keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala
adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok
kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut.
Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara
normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan
generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada
jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah
rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan
oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang
vitamin.

Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis
adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila
ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara
yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik.
Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus
meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada
campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa
bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda
harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari
penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan
kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan
cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai
perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri
lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan
air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air
tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang
turun daripada langit dapat ditadah terus menerus
tanpa ditambah dengan
klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda
harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran
terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang
datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh
dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air
yang ditadah adalah air hujan asid.

Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu
menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti
rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah.
Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah
mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah
berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana
kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala
orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa
tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja
secara maksimum pada kulit kepala
orang dewasa.

Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan
rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali.
Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali
lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh
mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya
namun semuanya bergantung pada warna rambut anda.
Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan
sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna
terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut
yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih
berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu
bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua
atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.

0 comments: