9:06 AM

Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:


A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
eksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada rang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut)
orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan
disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan
kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah
kedua hujung kakinya dan berkatalah amal- kebajikan : di bahagianku tidak
ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya
(mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya
ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa
kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu
juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula
diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka
dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu
akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri
dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

"sebaik-baik hamba adalah hamba yang menahan nafsu dari menderita hingga
mati..."

0 comments: