9:09 AM

Di Suatu Subuh Yang Hening...

Pada subuh yang hening, ketika manusi lena diulit mimpi, sejalur cahaya
indah terpancar nun di kaki langit. Sadik namanya, dan ia tersenyum
memandang sekalian penghuni bumi yg sedang berdengkur.

DAM! DAM! DAM!

Beduk dipalu menyambut dedatangan sadik yg indah kemilau cahayanya.
Pukul 6.00 pg, berkumandanglah suara muazin disebuah surau diselatan
tanahair, mengejutkan manusi yang masih lena;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!

Pukul 6.01 pg, muazin disurau dan masjid di daerah lain pula
mengalunkan kalimah suci itu. lantang, tapi menyejukkan dada. Wajah sadik
semakin jelas.

Pukul 6.02, laungan yang sama bergema didaerah yang lebih utara,
begitulah seterusnya, berganjak dan berganjak tanpa henti diwilayah yg
lain. Pukul 6.05 pg, berkumandang azan Subuh di kota metropolitan Kuala
Lumpur. Laungan suci mengajak umat_Nya menunaikan solat beralun sayu
tingkah bertingkah , hampir serentak dari setiap corong pembesar suara.
Seluruh kota itu bergema dengan peringatan;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!

Pukul 6.06, azan Subuh beraih kedaeral lebih utara. Demikianlah
aturannya, tidak berhenti-henti, bersahut-sahutan membuka lembaran pagi yg
aman permai. Selepas azan berakhir di Perlis, ia berkumandang pula
diselatan Thailand, kemudian terus berganjak dan berganjak, setiap saat,
minit dan jam ke Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan serta Afghanistan.

Semasa penghuni sebuah negara permai bernama Malaysia sedang sibuk
bekerja, azan Subuh berkumandan pula di Kazakstan dan Uzbekistan, kemudian
mengeger bumi Asia Barat, dr Iran yang berselubung hitam dan Iraq yg sdg
bergelut dng pembunuh bekulit putih, hinggalah ke Turki, seterusnya Eropah.

Disaat matahari mula menuju ke ufuk barat sebuah negara yg permai
bernama Malaysia, azan Subuh bergema dibumi angkuh bernama Amerika Syarikat
dan Kanada.

Seruan suci itu disambut diJepun, kemudian disahut oleh masjid2 di
Korea, China, Filipina, Vietnam, Laos dan kemboja tanpa putus walaupun
sesaat. Ketika manusia sibuk bekerja dibumi Amerika, sadik yg indah
memancar lagi dikaki langit sebiah negara bernama Malaysia, Wajahnya tetap
indah dan berseri, membawa khabar suci utk yg mengerti.

Pukul 6.01 pagi, seruan azan Subuh berkumandang lagi disebuah surau
di selatan tanah air;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!

Seruan suci disubuh yang bening ini tidak pernah putus dilaungkan
disetiap inci muka bumi, walaupun sesaat. Namun berapa ramaikah yg sanggup
meninggalkan katilnya utk beberapa minit demi menyembah yg Maha Pencipta?

0 comments: