Salam sejahtera kepada semua. maafkan saya kerana telah beberapa tahun tidak mengupdate blog ini. Kepada anda yang masih mengikuti perkembangan saya. anda dijemput ke www.samafm.tk
:þ Shari Online :þ
Followers
Facebook Badge
Test
Semoga hati kita menjadi redup bila membaca kisah ini.
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar
iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada')
Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta.
Ketika
ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk
mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda
bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan berkata:"Wahai Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka
terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa
yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu
mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun
berangkat
ke Mekah dan terus ke Madinah.
Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah
pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S.
Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata:"Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!"
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak
dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci
pintu
dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain,
maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka
berkata:"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga
sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita
telah sempurna."
Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:"
Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna
maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa
ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin
menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda."
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka akan
kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis. Tangisan mereka
telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun terus
memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat itu.
Salah seorang dari sahabat berkata:" Ya Rasulullah, kami baru balik dari
rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang
kuat di hadapan rumah beliau."
Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat itu, maka berubahlah
muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah
S.A.W
melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya. "Wahai sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a berkata:" Ya Rasulullah
S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa
wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?"
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a
adalah
benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir
dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka dia
menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan sementara Ali r.a pula
mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W hidup selepas turunnya
ayat
terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari, 35 hari dan ada juga
yang
mengatakan 21 hari.]
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin
Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan
Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2
rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau
bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para
muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak
orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai
saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang
ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah
dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang
bernama 'Ukasyah Bin Muhshan' dan berkata:" Demi ayah dan ibuku Ya
Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah
tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:
"Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa
itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun
menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda
telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang
mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya
hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul
kamu."
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu
pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan
tangannya
di atas kepala dengan berkata:"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk
di
balas (qishash)."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:" Siapakah di
pintu?"
Lalu Bilal berkata:"Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W.
untuk mengambil tongkatnya."
Kemudian Fatimah berkata:" Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta
tongkatnya?"
Bilal berkata:"Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya
untuk di qishash." Fatimah bertanya lagi:"Wahai Bilal, siapakah manusia
yang
sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?"
Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a
memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah
S.A.W.
Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau
pun menyerahkan kepada 'Ukasyah'. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:"Wahai 'Ukasyah,
janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah
kami berdua."
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka
dengan
segera baginda berkata:"Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu
sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua."
Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:"Wahai 'Ukasyah! aku adalah orang
yang
sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan
janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya
Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:"Wahai 'Ukasyah, bukankah
kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu
mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai buah
hatiku, duduklah kamu berdua."
Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai 'Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu
hendak
memukul."
Kemudian 'Ukasyah berkata:" Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya
sewaktu saya tidak memakai baju."
Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah S.A.W.
membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun
mencium beliau dan berkata: "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya
Rasulullah
S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah
sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T.
dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu."
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu
hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:" Wahai
'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah
memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam
syurga."
Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata: "Selamat datang kamu
semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu
semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua
menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas balai tempat
tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar
meninggalkan ku. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat
ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:" Ya Rasulullah
S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti
siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?"
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:" Dengarlah para sahabatku aku
tinggalkan
kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan
yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang
diam itu ialah Maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu
semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W.
bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering
diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa
Rasulullah S.A.W. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.
Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat, setelah Bilal
r.a.
selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W.
Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka Bilal r.a pun
memberi
salam:" Assalamualaikum ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a:
"Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau."
Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a maka Bilal pun
kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke
rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini
salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda
berkata:"Masuklah
wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu
suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang
hadir."
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka Bilal r.a. pun berjalan
menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:"
Aduh musibah!"
Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan.
Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid sehingga
Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?" Maka Fatimah
memberitahu:"Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid."
Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah
S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh bersama
dengan para jemaah.
Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai kaum
muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah
S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan
mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini
dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari
terakhir aku di dunia.
Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah
beliau.
Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:"Wahai Izrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut
sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu,
kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia
tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.
Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka
malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah
malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun
memberi salam:"Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir
risaalati aadkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?")
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:"Wahai
hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat."
Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah
S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:" Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu
itu."
Maka Fatimah r.a berkata:"Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu
dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit,
sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil badan
saya."
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah
orang itu?"
Jawab Fatimah:"Tidak ayah."
Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam
nafsu
syahwat yang memisahkan perkumpulan- perkumpulan dan yang memusnahkan semua
rumah serta meramaikan penghuni kubur."
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa
saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun
berkata:" Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama
dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."
Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat
Izrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamualaikum ya Rasulullah."
Lalu Rasulullah menjawab:"Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"
Izrail berkata:"Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan mengambil
roh
mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali."
Rasulullah berkata:"Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?"
Izrail berkata:"Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia, semua para
malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S.
maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa
ajalku sudah dekat?"
Jibrail berkata:" Ya, aku memang tahu."
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:"Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan
yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata:"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari
sudah
berhias menanti kehadiran rohmu."
Rasulullah S.A.W. berkata:"Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada
hari Kiamat nanti."
Jibrail A.S berkata:" Allah S.W.T. telah berfirman: "Sesungguhnya Aku telah
melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu,
dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki
syurga."
Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku."
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai
pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail alangkah
dasyatnya rasa mati."
Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata -kata
beliau.
Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata: "Wahai Jibrail,
apakah kamu tidak suka melihat wajahku?"
Jibrail A.S berkata:"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup
melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik berkata:"Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada
beliau bersabda:"Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa
yang telah diperintahkan ke atas atasmu."
Ali r.a. berkata:"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya
meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia berkata:"Umatku,
Umatku."
How to say Wo Ai Ni (I Love You) in 100 Languages !!!
English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipi no - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku ci nta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te ubesk
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe
Apakah dia Tekanan Darah?
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
· serangan jantung
· angin ahmar
· kegagalan jantung
· kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima
· memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
· tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
· kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
· kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
· kekalkan berat badan unggul
· bersenam secara berkala
· elakkan pengambilan alkohol
December 23rd - January 1st | Red |
January 2nd - January 11th | |
January 12th - January 24th | Yellow |
January 25th - February 3 | Pink |
February 4th - February 8th | Blue |
February 9th - February 18th | Green |
February 19th - February 28th | Brown |
March1st - March 10th | Aqua |
March 11 - March 20th | Lime |
March 21 st | Black |
March 22 nd - March 31st | Purple |
April 1st - April 10th | Navy |
April 11th - April 20th | Silver |
April 21st - April 30th | White |
May 2nd - May 14th | Blue |
May 15th - May 24th | Gold |
May 25th - June 3rd | Cream |
June 4th - June13th | Gray |
June 14 - June 23rd | Maroon |
June 24th | Gray |
June 25 - July 4th | Red |
July 5th - July 14th | Orange |
July 15th - July 25 th | Yellow |
July 26th - August 4 th | Pink |
August 5th - August 13th | Blue |
August 14th - August 23rd | Green |
August 24 - September 2nd | Brown |
September 3rd - September12th | Aqua |
September 13th - September 22nd | Lime |
September 23rd | Olive |
September 24th - October 3rd | Purple |
October 4th - October 13th | Nave |
October 14th - October 23rd | Silver |
October 24 - November 11th | White |
November 12th - November 21st | Gold |
November 22nd - December1st | Cream |
December 2nd - December11th | Gray |
December 12th - December 21st | Maroon |
December 22nd | Teal |
RED |
CREAM |
TEAL |
GREY |
GREEN |
GOLD |
PINK |
YELLOW |
MAROON |
ORANGE |
PURPLE |
LIME |
SILVER |
WHITE |
OLIVE |
BROWN |
BLUE |
NAVY |
AQUA |
BLACK |
ORANGE |
_
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan
ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita
buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
APAKAH hukumnya seseorang lelaki beragama Islam itu mengambil
keputusan untuk menukar jantina dengan menjalani pembedahan di luar negara?
Apabila lelaki berkenaan meninggal dunia, dia meninggal sebagai
seorang perempuan, bagaimanakah cara hendak menyempurnakan
jenazahnya? Adakah ia diuruskan sebagai seorang lelaki atau
perempuan?
ROHANI RASHID, Bagan Serai, Perak PENUKARAN jantina daripada lelaki menjadi perempuan adalah haram.
Ia dianggap merubah ciptaan Allah dan ia adalah sebahagian tipu
daya syaitan. Antaranya syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia
supaya mereka merubah ciptaan Allah. "Dan akan aku [syaitan] suruh
mereka (manusia] (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka
merubahnya." (Q 4:119).
Larangan keras juga dikenakan kepada lelaki yang menyerupai
wanita. Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita
menyerupai lelaki.
Pembedahan hanya dibenarkan kepada khunsa (banci), iaitu orang
yang mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan atau tiada alat
kelamin sama sekali.
Ia digelar khunsa musykil (tidak ada kejelasan) antara lelaki dan
perempuan. Cara untuk menentu status sama ada beliau lelaki atau
perempuan ialah dengan melihat tempat keluar air kencing sama ada
menerusi zakar atau vagina. Kejelasan jenis kelamin seseorang akan
menentukan status hukumnya.
Jadi, jika seseorang itu benar-benar lelaki, bukan khunsa, pada
asalnya tetapi melakukan pembedahan atas dasar ingin jadi
perempuan, beliau tetap dikira lelaki dan diuruskan jenazah sebagai
seorang lelaki.
SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu
mengindahkan perhiasan
lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah
kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda
menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan
sahabatmu adalah satu
sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan
merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk
SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,
sama saja dengan
kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya
menggerakkan 15 otot
manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di
bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja
40 otot.
Bayangkanlah !!!
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya,
sekligus ia akan
memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas
.... kenapa kita tidak
muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan........ Willian Shakespere
mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan
SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya
Dalam semuah kampung terdapat 2 orang pencuri. Kerja pencuri ini tidak lain dan tidak bukan semata mata mencuri di malam hari.
Pantang ada rumah yang nampak macam dimiliki oleh orang kaya sket..mesti diorang nak masuk nyer.
Pencuri pulak punya le terror tak pernah kena tangkap.
Satu hari, mereka merancang nak merompak satu rumah tu. orang tu baru pindah kat kampung mereka. So apa bila sampai malam yang di janjikan, maka mereka pun pegi le kerumah tersebut. Sebelum masuk dalam rumah, sorang dari pada pencuri tu iaitu chief gi buat survey dulu.
Tetiba dia kembali kat kawan dia yang tengah nunggu kat luar.
Dia kata..."jom kita balik aje lah. Cancell tak jadi curi lah rumah ni."
Pas tu kawan dia tanya pesal lak. Ini lubuk besor. Boleh gak buat duit raya.
Jawab chief "Ada ibu sedang menyusukan anak". Balas kawan dia "Dah tu peduli apa"...
Jawab chief dia "Anak dia besar..lebih besar dari emak dia. Kalau anak dia dah besor pada mak dia, bapak dia tak tahu le aku beso mana!
>
>dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar
>mimpi.nak tahu apa saja cerita cinta itu??
>
>1. CINTA PERTAMA
>Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana
>merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never
dies..yang
>pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg
>terbaik..
>
>2. CINTA PEMBIMBING
>Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan
drp
>kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang
>segalanya. Pasangan yg juga boleh menjadi 'guru', seorang yg blh kita
>jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
>
>3. CINTA MENGGODA
>Seseor yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan
>pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.
>
>4. CINTA BERBEZA STATUS
>Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia.
Tapi
>perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah
>satu pihak merana.bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat.mcm
>kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya
>Mansor tu la.
>
>5. CINTA 3 SEGI
>Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah 'terikat'
atau
>sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam
>hal ini, 'terikat' itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup
>sukar ditepis.
>
>6. CINTA SI PENYELAMAT
>Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap
>masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula
>menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think
>positive!
>
>7. CINTA DAN USAHA
>Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah
>menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh
>itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.
>
>Apa yg pasti.cinta yg Agung itulah yg kekal abadi.kasih manusia sering
>bermusim.sayang manusia tiada abadi.Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang
>Tuhan janjiNya pasti.."
Ketahuilah wahai saudaraku, semuga Allah melimpahkan rahmat kepadamu.
Bahawasanya tauhid merupakan perkara yang sangat penting, para Rasul diutus
untuk
mendakwahkan tauhid. Bahkan Allah mengharamkan masuk syurga orang yang mati
dalam
keadaan sebagai musyrik.
Allah berfirman yang ertinya: "Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang
yang
berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih
sendiri
berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu,
bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka
sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah
seorang
penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
QS Al-Maaidah : 72
Oleh kerana itu perlu memahami dan mengamalkan tauhid dengan benar, pada
kesempatan
ini akan dibahas beberapa hal yang sangat penting, sebagai dasar agar dapat
memahami
tauhid dengan benar.
I. MUSYRIKIN YANG DIPERANGI OLEH RASULULLAH, MEYAKINI TAUHID RUBUBIYAH
Ketahuilah wahai saudaraku, semuga Allah melimpahkan rahmat kepadamu.
Bahwasanya orang-orang kafir yang diperangi oleh Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam,
mereka meyakini bahawa Allah sebagai Pencipta, Pemberi rezeki, Yang
menghidupkan,
Yang mematikan, Yang memberi manfaat, Yang memberi madzarat, Yang mengatur
segala
urusan (tauhid rububiyah). Tetapi semuanya itu tidak menyebabkan mereka
sebagai
muslim.
Allah mengisahkan keadaan mereka: "Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik
itu):
Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah
yang
menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan
makhluk yang
hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk
yang hidup?
Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan
pertanyaan-
pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui)
dengan
berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah:
(Jika kamu
mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?
QS Yunus : 31
Allah juga berfirman yang ertinya : "Tanyakanlah (wahai Muhammad): Kepunyaan
siapakah
bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu
ingat
(dan insaf)?
Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang
tujuh dan
Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?
Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu
tidak
mahu bertakwa?
Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap
sesuatu, serta
dia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat
disembunyi
daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!
Mereka akan menjawab: (Segala-galanya) dikuasai Allah. Katakanlah: Jika
demikian,
bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
QS Al-Mu'minuun : 84 - 89
II. MAKSUD MEREKA (MUSYRIKIN) AGAR DEKAT KEPADA ALLAH DAN
MENDAPATKAN SYAFAAT
Ketahuilah wahai saudaraku, semuga Allah melimpahkan rahmat kepadamu.
Bahawasanya mereka (musyrikin) berdoa kepada Nabi dan orang-orang sholeh
yang telah
mati, agar mereka dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan
sedekat-dekatnya dan
mendapatkan syafaat.
Mereka (musyrikin) berkata: "Kami tidak berdoa kepada mereka (Nabi,
orang-orang
sholeh dll) kecuali agar dapat mendekatkan kepada Allah dan mereka nantinya
akan
memberi syafaat. Maksud kami kepada Allah, bukan kepada mereka.
Dalil tentang mendekatkan diri iaitu firman Allah yang ertinya: "Ingatlah!
(Hak yang wajib
dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih
(dari
segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah
untuk
menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau
memujanya
melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya,
sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang
tidak
melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya
Allah
tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta
(mengatakan
yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)."
QS Az-Zumar : 3
Adapun dalil tentang syafaat iaitu firman Allah yang ertinya : "Dan mereka
menyembah
yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada
mereka dan
tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata:
Mereka
(yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi
Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah
akan apa
yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah
mengetahui segala-
galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka
sekutukan."
QS Yunus : 18
III. SYIRIK BUKAN HANYA MENYEMBAH BERHALA SAHAJA
Ketahuilah wahai saudaraku, semuga Allah melimpahkan rahmat kepadamu.
Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam menerangkan kapada manusia
tentang
macam-macam sistem peribadatan yang dilakukan oleh musyrikin. Diantara
mereka ada
yang menyembah Nabi, orang-orang sholeh, para wali, para malaikat,
pepohonan,
bebatuan, matahari dan bulan.
Mereka semua diperangi oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, dalilnya
adalah
firman Allah yang ertinya :"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi
fitnah dan
(sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika
mereka berhenti
maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang
zalim."
QS Al-Baqarah :193
IV. MUSYRIKIN ZAMAN SEKARANG LEBIH PARAH KESYIRIKANNYA DARIPADA
MUSYRIKIN DAHULU
Ketahuilah wahai saudaraku, semuga Allah melimpahkan rahmat kepadamu.
Sesungguhnya kaum musyrik zaman kita labih parah kesyirikannya dibanding
musyrikin
zaman dahulu, sebab musyrikin zaman dahulu, mereka berdoa secara ikhlas
kepada Allah
ketika mereka ditimpa bahaya, akan tetapi mereka berbuat syirik ketika
mereka dalam
keadaan senang.
Sedangkan orang-orang musyrik zaman sekarang, mereka terus menerus melakukan
perbuatan syirik, baik dalam bahaya mahupun ketika sedang senang.
Perkara ini sebagaimana diterangkan Allah dalam Al-Quran yang ertinya :
"Dalam pada
itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),
mereka memohon
pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian
setelah
Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik
kepadaNya."
QS Al-'Ankabuut : 65
Semuga Allah menjadikan kita sebagai muwahid dan menjauhkan kita dari
kesyirikan.
InsyaAllah.
Wallahu'alam Bisshawab
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."
Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur
binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin
Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah
mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :"Wahai nyawa yang
telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang
telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah
hancur,rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani
hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua
raja!"
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat
langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi,didapati bertukar
wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya
telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api
yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah
berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka
sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan
kiamat. Lantas mereka berkata :"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah
janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."
Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai
celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami
(kubur ) ?" (Yassin: 52 )
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan
sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.Dalam
masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka
membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan
hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka
lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan
sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang
bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang
diucapkan.
Ya Allah, Bukakanlah Dadaku, Mudahkan Urusanku dan
Hilangkanlah Kekakuan
Pada Lidah Agar Mereka Faham Akan PerkataanKu.
Ya Allah! Mulakan Permulaan Hari Ini Satu Kebaikan,
Pertengahannya
Merupakan Kebahagian dan Penghujungnya Keuntungan.
Ya Allah! Tiada Yang dapat Memberi Kebaikan
Melainkan Engkau, dan Tiada
Yang dapat Menolak Kejahatan Melainkan Engkau, Tiada
Daya UpayaKu.
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar,
maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan
jika itu salah, maka
engkau sudah melakukan fitnah " salam
persaudaraan
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAHID, AL-WAJID, AL-AHAD,
AL-SAMAD,
AL-QADIR,
1 Minute for Allah
Step 1: Say with your heart and tongue:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA
MUHAMMAD
Step 2: Contemplate in their meaning sentence by
sentence and word by
word
Step 3: Forward this email onto at least seven other
people
Result 1: Within hours you have caused a multitude
of people to
remember, praise and glorify The Almighty ALLAH
Result 2: Within hours you have caused a multitude
of people to Salute,
pray for and glorify the Prophet (P.B.U.H.)
Result 3: Within hours at least seven people would
have prayed for you
with Angels saying AMEEN, INSHA'A'LLAH
NOW.......... Sit back and watch the power of ALLAH
work in your life
for doing the thing that you know HE loves.
" Berbahagialah orang yang berbimbang dengan aib celanya sendiri dan tidak memperdulikan aib orang lain, dinafkahkan kelebihan hartanya, ditahan kelebihan cakapnya, luas hatinya di dalam mengerjakan sunnah dan tidak dia membelok kepada bidaah "
Tiada suatu pun dalam diri-diri kami itu kepunyaan kami
Semuanya hatta sehelai bulu roma jua hak mutlak-Mu
Tidak berjalan apa-apa pun sistemnya kalau bukan gerakan dari-Mu
Hati atau raja diri kami ini
Yang kalau baik dia, baiklah kami
Yang kalau jahat dia, jahatlah kami
Hak-Mu Tuhan
Sedangkan hidayah dan tauflk itu memanglah semata
anugerah-Mu
Lalu, apalah yang terdaya
Melainkan berkata, Tuhan tolong selamatkan hati kami,
Tuhan tolong rezekikan hidayah dan tauflk-Mu
Tuhan, masakan kami sanggup dengan Neraka-Mu
Dan Kau pun tentu tidak bermaksud untuk menzalimi hamba-Mu
Maka sepertimana diselamatkan nabi-nabi, rasul-rasul dan
Orang soleh
Apa salahnya Siratul Mustaqim itu diberikan juga pada kami
Supaya kedatangan ke dunia bukan sia-sia,
Supaya hari kepulangan nanti itu indah,
Kepulangan bersama hati yang selamat yang takut pada Tuhannya
Tuhan, Engkau pun amatlah tahu,
Tentang nafsu dan kejahatannya
Dia bekerja keras untuk menjadi tuhan
Agar kami meninggalkan-Mu dan bertuhankan nafsu,
Bermujahadah dengannya kami tidak pernah menangpun,
Kegagalan terhadapnya telah menghancurkan kemanusiaan
Kegagalan terhadapnya telah menciptakan kebinatangan
Apalah upaya dan daya
Melainkan pertolongan-Mu
Tolonglah Tuhan agar nama kami
Diletakkan di barisan hamba-hamba yang mahu diselamatkan
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak
pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun,
cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu
berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar
rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat
menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan suka - menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak
tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan
pinggang kanan - sayang pada pas! angan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi
boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan
cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi
maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau
isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan
pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,
berjaya
kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg
suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang
bijaksana