8:51 AM

Wahyu Terakhir Untuk Rasulullah S.A.W

Semoga hati kita menjadi redup bila membaca kisah ini.

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar
iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada')

Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta.
Ketika
ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk
mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda
bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan berkata:"Wahai Muhammad,
sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka
terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa
yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu

mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun
berangkat
ke Mekah dan terus ke Madinah.

Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah
pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S.
Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata:"Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!"

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak
dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci
pintu
dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain,

maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka
berkata:"Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga
sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita

telah sempurna."

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:"
Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa
kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna
maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa

ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin
menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda."

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka akan
kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis. Tangisan mereka
telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun terus
memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat itu.

Salah seorang dari sahabat berkata:" Ya Rasulullah, kami baru balik dari
rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang
kuat di hadapan rumah beliau."

Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat itu, maka berubahlah
muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah
S.A.W
melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya. "Wahai sahabatku,
kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a berkata:" Ya Rasulullah
S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa
wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?"

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a
adalah
benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir
dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka dia
menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan sementara Ali r.a pula

mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W hidup selepas turunnya
ayat
terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari, 35 hari dan ada juga
yang
mengatakan 21 hari.]

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin
Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan
Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2
rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau
bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para
muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak
orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai
saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang
ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah
dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang
bernama 'Ukasyah Bin Muhshan' dan berkata:" Demi ayah dan ibuku Ya
Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah
tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:
"Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa
itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun
menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda
telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang
mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya
hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul
kamu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu
pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan
tangannya
di atas kepala dengan berkata:"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk
di
balas (qishash)."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan
mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:" Siapakah di
pintu?"

Lalu Bilal berkata:"Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W.
untuk mengambil tongkatnya."

Kemudian Fatimah berkata:" Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta
tongkatnya?"

Bilal berkata:"Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya
untuk di qishash." Fatimah bertanya lagi:"Wahai Bilal, siapakah manusia
yang
sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?"

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a
memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah
S.A.W.

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau
pun menyerahkan kepada 'Ukasyah'. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:"Wahai 'Ukasyah,
janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah
kami berdua."

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka
dengan
segera baginda berkata:"Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu
sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua."

Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:"Wahai 'Ukasyah! aku adalah orang
yang
sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan

janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya
Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:"Wahai 'Ukasyah, bukankah
kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu
mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai buah
hatiku, duduklah kamu berdua."

Rasulullah S.A.W. berkata:" Wahai 'Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu
hendak
memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata:" Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya
sewaktu saya tidak memakai baju."

Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah S.A.W.
membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun
mencium beliau dan berkata: "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya
Rasulullah
S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah
sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T.
dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu

hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:" Wahai
'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah
memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam
syurga."

Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliau pun memanggil para
sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata: "Selamat datang kamu
semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu
semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua
hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang
memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid
hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua
menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas balai tempat

tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar
meninggalkan ku. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat
ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:" Ya Rasulullah
S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti
siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?"

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:" Dengarlah para sahabatku aku
tinggalkan
kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan
kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan
yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang
diam itu ialah Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu

semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W.
bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering
diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa
Rasulullah S.A.W. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.

Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat, setelah Bilal
r.a.
selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W.
Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka Bilal r.a pun
memberi
salam:" Assalamualaikum ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a:
"Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau."

Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a maka Bilal pun
kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke
rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini
salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda
berkata:"Masuklah
wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu
suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang
hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka Bilal r.a. pun berjalan
menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:"

Aduh musibah!"

Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar
tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.

Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan.

Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid sehingga
Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?" Maka Fatimah
memberitahu:"Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid."

Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah
S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah
Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh bersama
dengan para jemaah.

Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: "Wahai kaum

muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah
S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan
mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini

dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari
terakhir aku di dunia.

Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah
beliau.

Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:"Wahai Izrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut
sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu,
kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia
tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka
malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah
malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun
memberi salam:"Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir
risaalati aadkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?")

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:"Wahai
hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat."

Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah
S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:" Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu

itu."

Maka Fatimah r.a berkata:"Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu

dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit,
sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil badan
saya."

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah
orang itu?"

Jawab Fatimah:"Tidak ayah."

Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam
nafsu
syahwat yang memisahkan perkumpulan- perkumpulan dan yang memusnahkan semua

rumah serta meramaikan penghuni kubur."

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa

saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun
berkata:" Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama
dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat
Izrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamualaikum ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah menjawab:"Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang
menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"

Izrail berkata:"Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan mengambil
roh
mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali."

Rasulullah berkata:"Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?"

Izrail berkata:"Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia, semua para
malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S.

maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa
ajalku sudah dekat?"

Jibrail berkata:" Ya, aku memang tahu."

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:"Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan
yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T."

Jibrail A.S. berkata:"Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari
sudah
berhias menanti kehadiran rohmu."

Rasulullah S.A.W. berkata:"Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada
hari Kiamat nanti."

Jibrail A.S berkata:" Allah S.W.T. telah berfirman: "Sesungguhnya Aku telah

melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu,
dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki
syurga."

Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku."

Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai
pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:"Wahai Jibrail alangkah
dasyatnya rasa mati."

Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata -kata
beliau.

Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata: "Wahai Jibrail,
apakah kamu tidak suka melihat wajahku?"

Jibrail A.S berkata:"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup
melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik berkata:"Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada
beliau bersabda:"Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa
yang telah diperintahkan ke atas atasmu."

Ali r.a. berkata:"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya
meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia berkata:"Umatku,
Umatku."

0 comments: