1:41 PM

Selamatkah Diri Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur
binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin
Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah
mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :"Wahai nyawa yang
telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang
telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah
hancur,rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani
hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua
raja!"

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat
langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi,didapati bertukar
wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya
telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api
yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah
berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka
sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan
kiamat. Lantas mereka berkata :"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah
janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai
celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami
(kubur ) ?" (Yassin: 52 )

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan
sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.Dalam
masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka
membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan
hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka
lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan
sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang
bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang
diucapkan.

0 comments: