9:26 AM

JENAZAH LELAKI TUKAR JANTINA

APAKAH hukumnya seseorang lelaki beragama Islam itu mengambil
keputusan untuk menukar jantina dengan menjalani pembedahan di luar negara?
Apabila lelaki berkenaan meninggal dunia, dia meninggal sebagai
seorang perempuan, bagaimanakah cara hendak menyempurnakan
jenazahnya? Adakah ia diuruskan sebagai seorang lelaki atau
perempuan?
ROHANI RASHID, Bagan Serai, Perak PENUKARAN jantina daripada lelaki menjadi perempuan adalah haram.
Ia dianggap merubah ciptaan Allah dan ia adalah sebahagian tipu
daya syaitan. Antaranya syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia
supaya mereka merubah ciptaan Allah. "Dan akan aku [syaitan] suruh
mereka (manusia] (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka
merubahnya." (Q 4:119).
Larangan keras juga dikenakan kepada lelaki yang menyerupai
wanita. Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita
menyerupai lelaki.
Pembedahan hanya dibenarkan kepada khunsa (banci), iaitu orang
yang mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan atau tiada alat
kelamin sama sekali.
Ia digelar khunsa musykil (tidak ada kejelasan) antara lelaki dan
perempuan. Cara untuk menentu status sama ada beliau lelaki atau
perempuan ialah dengan melihat tempat keluar air kencing sama ada
menerusi zakar atau vagina. Kejelasan jenis kelamin seseorang akan
menentukan status hukumnya.
Jadi, jika seseorang itu benar-benar lelaki, bukan khunsa, pada
asalnya tetapi melakukan pembedahan atas dasar ingin jadi
perempuan, beliau tetap dikira lelaki dan diuruskan jenazah sebagai
seorang lelaki.

0 comments: